MANUSCRIPT REVIEW PROCESS – Forum Komunikasi

Forum Komunikasi stipulates that all submitted papers will undergo a double-blind peer-review process, in which authors do not know the identity of the reviewers and vice versa. Therefore, all review processes are CONFIDENTIAL and must not be disclosed to any third party.

Upon receiving an email invitation to review a journal article, the reviewer should click the provided link to view the submitted manuscript. If accepting the invitation, the reviewer may proceed by entering comments in the sections provided in the Google form and/or uploading a review file.

The reviewer must then select one of the following initial recommendations:

  1. Accept Submission – The manuscript meets the journal’s standards and is ready for copyediting and publication.
  2. Revisions Required – Minor revisions are needed; the revised manuscript may be re-reviewed by the referee or assessed by the editor.
  3. Resubmit for Review – Major revisions are required, and the manuscript must undergo another round of peer review.
  4. Decline Submission – The manuscript is rejected due to substantial weaknesses or failure to meet the journal’s quality criteria.


QUALITY OF REVIEW
Forum Komunikasi acknowledges and recognises reviewers as subject matter experts who are consulted to provide fair evaluations for the purpose of academic publishing. Reviewers are required to provide a written report for each manuscript evaluated as an endorsement of its scholarly publishing quality.

REVIEWER RESPONSIBILITIES
Reviewers are required to assess submitted manuscripts based on the following four criteria:

i. Originality of the manuscript
ii. Structure of the writing
iii. Contribution to scholarship
iv. Language


Reviewers should consider a balanced evaluation of the manuscript’s strengths and weaknesses, covering key aspects of academic writing such as the manuscript’s alignment with the journal’s focus, methodology, research findings, interpretation, and writing quality.

PUBLICATION ETHICS
The editorial board of Forum Komunikasi takes plagiarism very seriously. Therefore, we kindly request that reviewers assist in detecting any potential plagiarism or intellectual property violations. If a reviewer discovers that a manuscript has already been published elsewhere, this should also be reported immediately. Any breach of publication ethics mustbe reported to the Chief Editor of Forum Komunikasi and must not be shared with third parties unless permitted by the Chief Editor.

REVIEW DEADLINE
Reviewers are expected to comply with the review deadlines set by the editorial board. If a reviewer is unable to complete the review within the given time, they must contact the Chief Editor or Editorial Committee IMMEDIATELY. Typically, reviewers are given no more than 21 days (three weeks) to complete the review.

EDITOR IN-CHIEF
FORUM KOMUNIKASI
Fakulti Komunikasi & Pengajian Media Universiti Teknologi MARA
suffianhadi@uitm.edu.my


PENYATAAN PROSES SEMAKAN KESEPAKARAN
Forum Komunikasi menetapkan proses penilaian bagi setiap makalah yang dihantar akan melalui proses double-blind peer-review di mana penulis tidak mengetahui penilai tersebut dan sebaliknya. Justeru itu segala proses penilaian adalah SULIT dan tidak boleh didedahkan kepada pihak ketiga.

Setelah menerima jemputan melalui emel untuk menyemak artikel jurnal, penyemak harus klik pautan yang disediakan untuk melihat manuskrip yang dihantar. Jika bersetuju untuk menyemak, penyemak boleh meneruskan dengan memasukkan ulasan dalam ruangan yang disediakan dalam borang Google dan/atau memuat naik fail ulasan.

Penyemak perlu memilih salah satu daripada cadangan awal berikut:

  1. Terima Penyerahan – Manuskrip memenuhi piawaian jurnal dan sedia untuk proses penyuntingan dan penerbitan.
  2. Perlu Semakan – Semakan kecil diperlukan; manuskrip yang disemak semula boleh disemak semula oleh penyemak atau dinilai oleh editor.
  3. Hantar Semula untuk Semakan – Semakan besar diperlukan, dan manuskrip perlu menjalani pusingan semakan rakan sebaya yang baharu.
  4. Tolak Penyerahan – Manuskrip ditolak kerana kelemahan ketara atau tidak memenuhi kriteria kualiti jurnal.

KUALITI PENILAIAN
Forum Komunikasi memperakui dan mengiktiraf para penilai sebagai pakar bidang yang dirujuk untuk mendapatkan penilaian yang saksama bagi tujuan penerbitan bahan ilmiah. Para penilai akan menyediakan laporan bertulis terhadap setiap makalah yang dinilai sebagai perakuan kualiti penerbitan makalah ilmiah.

TANGGUNG JAWAB PENILAIAN
Penilai perlu menilai manuskrip yang diterima berasaskan kepada empat perkara berikut:

i. Keaslian manuskrip
ii. Struktur penulisan
iii. Sumbangan kepada kesarjanaan
iv. Bahasa

Penilai hendaklah mempertimbangkan keseimbangan dalam menilai kekuatan dan kelemahan manuskrip merangkumi beberapa aspek teras penulisan ilmiah yakni kesesuaian makalah dengan fokus jurnal, metodologi, dapatan kajian, interpretasi kajian dan kekuatan penulisan.

ETIKA PENERBITAN
Pihak editorial Forum Komunikasi memberi perhatian yang serius kepada isu plagiat. Justeru kami memohon jasa baik para penilai untuk mengesan jika berlakunya sebarang plagiat dan perlanggaran hak intelektual. Selain itu, jika pihak penilai mendapati manuskrip telah diterbitkan dalam penerbitan lain, maka hal itu juga perlu dilaporkan dengan segera. Sebarang perlanggaran etika penerbitan perlu dilaporkan kepada Ketua Editor Forum Komunikasi dan tidak boleh dikongsi bersama pihak ketiga kecuali mendapat kebenaran Ketua Editor.

TEMPOH MASA PENILAIAN
Para penilai perlu mematuhi tempoh serahan penilaian yang telah ditetapkan oleh pihak editorial. Penilai perlu menghubungi Ketua Editor atau Jawatankuasa Editorial dengan SEGERA jika mereka menghadapi masalah untuk menyiapkan penilaian dalam tempoh ditetapkan. Biasanya penilai akan diberi masa tidak lebih dari 21 hari (tiga minggu) untuk melakukan penilaian.

KETUA EDITOR
FORUM KOMUNIKASI
Fakulti Komunikasi & Pengajian Media Universiti Teknologi MARA
suffianhadi@uitm.edu.my